Ticker

6/recent/ticker-posts

Mesyuarat Khas Bincang Pertandingan Memanah Anjuran Kelab Memanah TJI

20 September 2025 — Satu mesyuarat khas telah diadakan di Surau Al-Mukhlisin, Taman Temerloh Jaya Indah pada malam ini sejurus selepas solat Isyak.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh En. Mazlan Hanfiah, selaku Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Temerloh Jaya Indah, dengan agenda utama membincangkan penganjuran Pertandingan Memanah yang dijadualkan berlangsung pada 11 Oktober 2025.

Sesi penerangan berkenaan butiran pertandingan telah dikendalikan oleh Cikgu Arma Zurin, pemilik Kelab Memanah TJ Indah yang juga merupakan Ketua Biro Sukan KRT TJ Indah. Beliau menerangkan format pertandingan, kategori penyertaan serta aspek teknikal yang akan dilaksanakan pada hari kejohanan.

Pertandingan ini merupakan penganjuran sulung oleh Kelab Memanah TJ Indah dengan sokongan dan kerjasama daripada KRT Taman Temerloh Jaya Indah, Surau Al-Mukhlisin, Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, serta beberapa pihak lain.