Ticker

6/recent/ticker-posts

Jiran Wanita

Jiran Wanita merupakan salah satu cawangan di bawah Jawatankuasa Rukun Tetangga yang telah diwujudkan sejak sekian lama bermula pada tahun 1983 lagi. Ianya merupakan sayap kanan kepada Jawatankuasa Rukun Tetangga untuk pelbagai aktiviti khususnya melibatkan kaum wanita. Jiran wanita amat penting dalam setiap aktiviti yang digerakan oleh Rukun Tetangga dan ianya merupakan pelengkap yang banyak membantu dalam menjayakan setiap aktiviti yang dijalankan. 

Dengan wujudnya jiran wanita ini ianya menjadi sebuah platform dalam memperkasakan setiap potensi dan bakat wanita dalam apa jua bidang seterusnya memartabatkan penglibatan wanita di dalam pembangunan masyarakat, dari segi sosial, ekonomi, agama dan budaya. Jiran Wanita Rukun Tetangga juga banyak menyumbang kepada perpaduan masyarakat setempat dengan gaya dan olahan mereka sendiri.

Jiran Wanita KRT Temerloh Jaya Indah yang ditubuhkan pada 9 September 2024, bergambar kenangan bersama Puan Julina Jaafar, Pegawai Perpaduan Daerah Temerloh.

Biro Jiran Wanita KRT TJ Indah
Jawatan Nama No. Tel
Pengerusi Puan Norhazamimah Mohamad 01125605159
Timbalan Pengerusi Puan Mariani Mohd Nazeri 01137491624
Setiausaha Rohayati Rozali 01110985991
Penolong Setiausaha Puan Norfazilah Jahi 0132880650
Bendahari Puan Alisha Abdullah 0179684787

Aktiviti Jiran Wanita KRT TJ Indah