Ticker

6/recent/ticker-posts

Projek Naik Taraf Kemudahan Muslimat Surau Al-Mukhlisin

17 September 2025 — Projek pembinaan tambahan ruang wuduk dan tandas muslimat di Surau Al-Mukhlisin, Taman Temerloh Jaya Indah, telah bermula hari ini. Projek yang dijangka siap dalam tempoh sebulan ini dilaksanakan sepenuhnya secara gotong-royong oleh beberapa orang jemaah yang mahir dalam kerja-kerja pembinaan. 

Projek ini merupakan inisiatif surau bagi memanfaatkan sumbangan infaq berjumlah RM13,000 yang telah berjaya dikumpulkan dari ahli kariah. Jualan infaq sebanyak 600 lot bernilai RM20 setiap satu telah dibuka pada 10 September dan ditutup pada 13 September lalu. Jumlah kutipan tersebut termasuk sumbangan dari Adun Mentakab.

Pihak pengurusan surau mengambil inisiatif untuk melaksanakan penambahbaikan ini sebagai maklum balas kepada beberapa cadangan daripada jemaah muslimat. Antara isu yang diutarakan adalah kesukaran mereka untuk mengakses tandas yang kedudukannya agak terbuka.

Pengerusi Surau Al-Mukhlisin, En. Zulkifli Ismail, mewakili pihak pengurusan surau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penderma yang telah memberi sumbangan. Beliau berharap kemudahan yang bakal siap nanti akan memberi manfaat besar kepada jemaah muslimat dan seterusnya dapat mengimarahkan lagi surau.

En. Zulkifli turut menzahirkan penghargaan istimewa kepada para jemaah yang telah meluangkan masa dan tenaga untuk menjayakan kerja-kerja pembinaan ini

 

Sila klik butang di bawah untuk melihat perkembangan kerja-kerja menaiktaraf

LIHAT KEMASKINI PEMBINAAN