Ticker

6/recent/ticker-posts

Pertandingan Karaoke Sambutan Kemerdekaan KRT Daerah Temerloh

4 September 2025 —  Borang penyertaan bagi Pertandingan Karaoke Lagu Patriotik sempena Sambutan Kemerdekaan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Daerah Temerloh kini boleh diakses melalui pautan yang disediakan pihak penganjur seperti di bawah

PAUTAN PENDAFTARAN

Pertandingan yang dijadualkan berlangsung pada 13 September 2025 di Dewan Taman Sri Kemuning, Temerloh ini terbuka kepada 30 peserta sahaja. Peringkat saringan akan bermula pada jam 2.00 petang, manakala pusingan akhir dijadualkan pada jam 8.00 malam.

Senarai lagu patriotik telah disediakan untuk dipilih oleh peserta, namun mereka yang berhasrat menyanyikan lagu lain boleh berhubung terus dengan jawatankuasa pertandingan.

Pemenang bakal menerima hadiah wang tunai yang ditawarkan pihak penganjur.

Selain pertandingan tersebut, Sambutan Kemerdekaan KRT Daerah Temerloh akan menghimpunkan 54 Kawasan Rukun Tetangga seluruh daerah pada tarikh yang sama di lokasi berkenaan.