Ticker

6/recent/ticker-posts

Majlis Doa Selamat Sempena Ulang Tahun Kemerdekaan ke-68 di Surau Al-Mukhlisin

30 Ogos 2025 — Surau Al-Mukhlisin, Taman Temerloh Jaya Indah telah mengadakan Majlis Tahlil dan Doa Selamat sempena sambutan ulang tahun Kemerdekaan ke-68.

Majlis bermula selepas solat Maghrib dengan pelaksanaan solat hajat secara berjemaah, diikuti bacaan tahlil dan doa selamat memohon kesejahteraan buat negara Malaysia.

Solat hajat, bacaan tahlil dan doa selamat pada malam ini dipimpin oleh Ustaz Sarizal Jamaluddin.

Selepas solat Isyak, para jemaah dijamu dengan hidangan yang disediakan oleh pihak surau.