23 Ogos 2025 — Pada malam ini berlangsung acara kemuncak dan penutup bagi sambutan ulang tahun ke-20 Surau Al-Mukhlisin, Taman Temerloh Jaya Indah.
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengerusi Surau Al-Mukhlisin, Cikgu Zulkifli Ismail yang merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang hadir memeriahkan sambutan. Dalam ucapannya, beliau turut mengimbau sejarah penubuhan surau yang bermula sekitar tahun 2004/2005, siap dibina pada tahun 2007, dan seterusnya dirasmikan pada 14 Julai 2007 oleh Dato’ Sri Haji Mohd Sarit bin Haji Yusoh, Ahli Parlimen Temerloh ketika itu.
Acara diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan yang diadakan sempena sambutan, termasuk pertandingan memanah kanak-kanak kedalian Cikgu Armazurin, pertandingan dart, pertandingan gubahan kain batik, serta pertandingan teka biji labu kelolaan Tuan Mohd Irwan Ismawi.
Hadiah-hadiah kepada pemenang disampaikan oleh En.Mat Zain Kassim, En. Yusof Taib, En. Ibrahim dan En.Rusli Alias dari Singhco Trading yang turut menaja majlis sambutan.
Sebagai penutup, Cikgu Zulkifli sekali lagi merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat, jemaah surau, penduduk TJ Indah, KRT TJ Indah dan para penaja program. Beliau turut menyeru kepada ahli kariah TJ Indah agar dapat terus bersama-sama mengimarahkan Surau Al-Mukhlisin. Beliau juga menyatakan harapan dengan izin Allah SWT, lebih banyak program dapat dianjurkan pada masa akan datang.
Senarai Pemenang Pertandingan