1 Mei 2025 — Seramai 14 orang kanak-kanak dari Taman Temerloh Jaya Indah telah menyertai Pertandingan Memanah Tertutup TJ Indah yang berlangsung pagi ini di kawasan lapang berhampiran pondok SRT KRT Taman Temerloh Jaya Indah.
Pertandingan yang bermula seawal jam 8.00 pagi itu melibatkan dua kategori, iaitu Tahap Satu dengan penyertaan seramai lapan orang peserta dan Tahap Dua melibatkan enam orang peserta.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengerusi KRT Taman Temerloh Jaya Indah, En. Mazlan Hanfiah bersama Ustaz Sarizal Jamaludin. Dalam ucapannya, En. Mazlan menzahirkan keterujaan beliau dengan penganjuran program sebegini dan sentiasa menyokong, aktiviti yang dianjurkan. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam pertandingan pada pagi ini.
Sementara itu, penganjur dan pengelola pertandingan, Cikgu Armazurin yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Biro Sukan KRT TJ Indah, turut merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat termasuk juri jemputan khas En. Ismail (KEMPAS) dan juga kepada para penaja yang telah menyumbang hadiah, makanan serta wang tunai bagi menjayakan program pada pagi ini.
Kedudukan
Nama Peserta
Juara Adik Amar Naib Juara Adik Arif Ketiga Adik Haq Keempat Adik Harraz Kelima Adik Shah
Kedudukan
Nama Peserta
Juara Adik Nazmir Naib Juara Adik Irshah Ketiga Adik Amin Keempat Adik Akem Kelima Adik Arif
