Ticker

6/recent/ticker-posts

Majlis Jamuan Aidilfitri AJK KRT TJ Indah

25 April 2025  – Sebagai penutup tirai bulan Syawal 1446H, Kawasan Rukun Tetangga Taman Temerloh Jaya Indah (KRT TJ Indah) telah mengadakan Majlis Jamuan Aidilfitri peringkat AJK bertempat di kediaman Pengerusinya, En. Mazlan Hanfiah.

Majlis yang bermula sekitar jam 9.00 malam itu berlangsung dalam suasana meriah, dengan kehadiran ahli keluarga AJK KRT TJ Indah serta kariah Surau Al-Mukhlisin.

Turut menyerikan majlis ialah jemputan khas daripada Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (MTTJ), Taman Temerloh Jaya, iaitu Dr. Haji Abdullah Ismail selaku Pengerusi masjid dan Imam Nasrullah Abdul Ghani.

Majlis jamuan yang diadakan secara sederhana namun bermakna ini menyajikan pelbagai hidangan tradisional seperti lemang, rendang, mee kari, dan aneka kuih-muih, yang disediakan oleh pihak KRT. Dianggarkan seramai 70 orang tetamu hadir ke jamuan pada malam ini.

Majlis berakhir pada jam 10.00 malam, menandakan penutup bagi aktiviti KRT TJ Indah untuk bulan Syawal tahun ini.