Ticker

6/recent/ticker-posts

Program Ukhuwah Al-Mukhlisin, 1 Mei 2025


1 Mei 2025 — Program Ukhuwah Mingguan Al-Mukhlisin diteruskan seperti biasa pada malam ini, bermula dengan solat Maghrib dan solat hajat secara berjemaah. 

Majlis diteruskan dengan bacaan Surah Yasin dan Tahlil serta doa keselamatan untuk Dr. Ahmad Eisa Zakaria, yang akan berangkat menjalankan tugas ke Tanah Suci Mekah sempena musim Haji tahun ini. Bacaan doa dan tahlil pada malam ini dipimpin oleh Ustaz Sarizal Jamaludin.

Majlis diserikan lagi dengan jamuan makanan yang disediakan kepada para hadirin sebelum bersurai.