Ticker

6/recent/ticker-posts

Kenduri Al-Mukhlisin, Khariah Taman Temerloh Jaya Indah Berlangsung Meriah


15 Februari 2025 — Kenduri Al-Mukhlisin anjuran Surau Al-Mukhlisin, Taman Temerloh Jaya Indah (TJ Indah) berlangsung meriah pagi ini di gelanggang sepak takraw TJ Indah. Majlis yang bermula pada jam 11.30 pagi dan berakhir pada 2.00 petang itu berjaya menghimpunkan ahli kariah  dan ahli keluarga serta tetamu-tetamu yang jemputan khas.

Para tetamu menikmati pelbagai hidangan istimewa seperti gulai kawah, ayam goreng berempah, bubur, umbut kepala sawit dan banyak lagi. Semua juadah disediakan secara gotong-royong oleh AJK dan ahli kariah surau seawal petang kelmarin.

Pengerusi surau Al-Mukhlisin, Cikgu Zulkifli Ismail, merakamkan penghargaan kepada semua yang hadir serta para petugas yang bertungkus-lumus menjayakan kenduri ini. Beliau berharap program seperti ini dapat mempereratkan hubungan ukhuwah dan mengukuhkan perpaduan dalam kalangan ahli kariah.