19 Februari 2025 — Bengkel Training of Trainers (TOT) Community Empowerment anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Temerloh telah berlangsung dengan jayanya di Bilik Mesyuarat, Tingkat 4, Wisma Persekutuan Temerloh.
Program yang bermula dari jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang ini bertujuan memberikan pendedahan kepada penggerak komuniti mengenai kemahiran dalam melaksanakan program pencegahan dadah dalam komuniti.
Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Temerloh Jaya Indah (KRT TJ Indah) turut menghantar wakil ke bengkel ini, yang diwakili oleh Pengerusi KRT TJ Indah, En. Mazlan Hanfiah, dan Timbalan Pengerusi, En. Norsafari Awang Ahmad.
Bengkel ini diharapkan dapat memperkasakan komuniti dalam usaha pencegahan penyalahgunaan dadah serta memperkukuhkan kerjasama antara AADK dan penggerak masyarakat setempat.

Analisis Trend Profil Penagih Dadah (2020-2023)
Pada tahun 2020 dan 2021, jumlah keseluruhan adalah 191 orang, sedikit menurun pada 2022 (186 orang), namun melonjak mendadak pada 2023 (311 orang) dan 2024 (392 orang).
Dari segi mukim, Perak mencatatkan jumlah kes tertinggi sepanjang lima tahun ini, dengan peningkatan ketara dari 74 orang (2020) kepada 131 orang (2024). Mukim Mentakab turut mencatat jumlah kes yang tinggi, meningkat dari 50 orang (2020) kepada 66 orang (2024).
Mukim Jenderak dan Semantan juga menunjukkan peningkatan ketara, dengan Jenderak meningkat dari 12 orang (2020) kepada 53 orang (2024), sementara Semantan dari 20 orang (2020) kepada 69 orang (2024).
Sebaliknya, beberapa mukim seperti Lebak dan Mukim Luar mencatat jumlah yang lebih kecil dan kurang perubahan drastik sepanjang tempoh lima tahun ini.
Analisis Mengikut Mukim (2024)
Carta Analisis