Ticker

6/recent/ticker-posts

Majlis Bacaan Yassin, Tazkirah Dan Tahlil di Surau Al-Mukhlisin TJ Indah

13 Februari 2025 — Pada malam ini, telah berlangsung majlis rutin malam Jumaat, iaitu bacaan Yassin di Surau Al-Mukhlisin, Taman Temerloh Jaya Indah.

Majlis yang bertepatan dengan malam Nisfu Syaaban ini dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah, diikuti tazkirah ringkas oleh Ustaz Sahrizal Jamaluddin yang seteterusnya memimpin bacaan Yasin dan tahlil.

Selepas solat Isyak, jemaah dihidangkan dengan jamuan ringan sebagai penutup majlis.