Imam Hassan Al-Banna mengatakan bahawa masa adalah kewajipan yang diamanahkan. Ia sangat berharga dan tidak boleh ditangguhkan. Setiap ruang dan peluang harus digunakan sebaik mungkin, maka selagi masih mampu menghadirilah ke majlis ilmu serta solat berjemaah selagi berkeupayaan.
Nabi SAW pernah mengatakan bahawa salah satu dari penyesalan besar ialah:
Apabila tiba waktu sakit, barulah menyesal kerana tidak memanfaatkan ruang dan peluang ketika sihat. Sebagaimana sabda baginda;
"Dua nikmat yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia: kesihatan dan masa lapang."— HR. Al-Bukhari no. 6412
TADABBUR (Al-Mulk)
Surah ini sering dibaca, maka lebih baik kita membacanya dengan pemahaman agar bukan sahaja mendapat pahala, tetapi juga mendatangkan khusyuk dan kenikmatan. Ia mengandungi 30 ayat, dan 1313 huruf.
Kita patut bersyukur kerana Nabi mengiktiraf setiap ayat, huruf, dan kalimah, sebagaimana sabda baginda.
"Barangsiapa membaca satu huruf dari Kitab Allah (Al-Qur'an), maka baginya satu kebaikan, dan satu kebaikan itu dilipatgandakan menjadi sepuluh kebaikan semisalnya. Aku tidak mengatakan 'Alif Lam Mim' satu huruf, tetapi 'Alif' satu huruf, 'Lam' satu huruf, dan 'Mim' satu huruf."— HR. Tirmidzi no.2910.
Maka jika dihitung ganjaran pahalanya adalah sebanyak 13,130 dengan sekali bacaan sahaja.
Kelebihan Al-Mulk
1) Syafaan Dan Pengampunan
"Sesungguhnya terdapat satu surah dalam al-Quran yang mengandungi tiga puluh ayat, yang akan memberi syafaat kepada pembacanya sehingga dosanya diampunkan, iaitu Surah Tabarakallazi biyadihil mulk (Surah Al-Mulk)."— HR. Ibnu Majah no. 3786
Untuk memasuki alam kubur dan masuk ke syurga dengan aman, kita tidak boleh memiliki dosa. Oleh itu, dosa tersebut perlu diampunkan terlebih dahulu oleh Allah SWT. Antara cara untuk memperoleh keampunan dosa ialah dengan membaca surah Al-Mulk. Maka, jangan meninggalkan amalan ini, kerana terdapat dua kelebihan yang dinyatakan iaitu; ia dapat memberikan syafaat dan mengampunkan dosa.
Syurga perlu kita imani, kita perlu rasa keghairahan dan merasakan bahawa kita ada peluang untuk memasuki syurga.
Terdapat manusia yang membiarkan sahaja peluang dan ruang yang ada, kemudian ia akan menyesalinya suatu hari ini. Sebagai perbandingan dengan kehidupan di dunia, bayangkan seseorang yang menyesal kerana tidak membeli tanah ketika harganya masih rendah suatu ketika dahulu. Begitu juga, ada individu yang berasa kesal kerana tidak memanfaatkan peluang untuk belajar bersungguh-sungguh pada masa lalu untuk masa depan yang lebih cerah. Hal-hal ini akan disesali kemudian hari dan begitu juga dengan kehidupan di akhirat nanti jika seseorang itu tidak mengambil peluang.
2) Mencegah Siksa Kubur
Abdullah bin Mas'ud r.a; beliau berkata:
"Sesiapa yang membaca Surah Al-Mulk setiap malam, Allah akan melindunginya daripada azab kubur. Pada zaman Rasulullah SAW, kami menamakannya sebagai 'al-mani'ah' (yang menghalang siksa kubur). Ia adalah surah dalam al-Quran yang sesiapa membacanya setiap malam telah melakukan kebaikan yang banyak."— HR. Nasa'i no. 711
Di dalam kubur ada dua kelompok iaitu; golongan yang diseksa dan golongan yang bahagia (mendapat nikmat). Adakah kita mahu berada dikelimpok yg diseksa. Namun adakah cukup amalan kita di dalam kubur untuk berada di kelompok yang berbahagian?. Kita harus takut dengan situasi tersebut dan, Nabi SAW mengajarkan sebelum memberi salam dalam solat, adalah amat digalakkan untuk membaca doa; Allahumma inni a'udzu bika min 'adzabi jahannam, wa min 'adzabil qabr, wa min fitnatil mahya wal mamat, wa min sharri fitnatil masihid dajjal. ("Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada azab neraka Jahannam, daripada azab kubur, daripada fitnah kehidupan dan kematian, serta daripada kejahatan fitnah Al-Masih Ad-Dajjal.")
Maka berdoalah agar kita diselamatkan daripada azab dan dikurniakan nikmat. Yakinlah bahawa kita akan memperoleh kebahagiaan yang ala kubur. Sesungguhnya, kebahagiaan di dalam kubur bagi orang yang beriman adalah jauh lebih indah dan nikmat berbanding segala kesenangan di dunia.
Rasulullah SAW bersabda;
"Aku suka sekiranya Surah Tabarakallazi (Surah Al-Mulk) dihafaz oleh setiap hati orang mukmin." — HR. Thabarani no. 11611
2) Dianjurkan Untuk dihafal
Bagi yang belum menghafal surah ini, maka amat digalakkan untuk menghafalnya, ia boleh dimulakan di bulan Ramadhan ini, dan semoga ia menjadi kenang-kenangan atau pencapaian untuk Ramadhan tahun ini.
Kenapa kita perlu menghafal? — dengan menghafal, kita bukan sahaja membaca 1,313 huruf, tetapi juga mengulanginya berkali-kali. Pengulangan ini menjadikan jumlah huruf yang dibaca bertambah banyak dalam proses menghafal tersebut dan memberi peluang kita meraih pahala yang banyak dan berlipat kali ganda.
Ringkasan kelebihan Surah Al-Mulk
1. Mendapat syafaat dan keampunan dosa
2. Dijanjikan syurga
3. Pelindung daripada azab kubur
4. Dianjurkan untuk dihafal
5. Pembebasan dari api neraka
Maka, berdoalah agar kita diberi istiqamah untuk terus membaca surah Al-Mulk hingga akhir hayat. Malah, galakkan juga kepada ahli keluarga yang lain untuk turut membaca surah ini kerana ia bukan perkara yang kecil, Nabi sendiri menjanjikan syafaat dan keampunan atas perbuatan tersebut.
SYAABAN
Kebaikan yang perlu dimanfaatkan pada bulan syaaban
"Dari Aisyah r.a. berkata: 'Rasulullah SAW berpuasa sehingga kami mengatakan beliau tidak berbuka, dan beliau berbuka sehingga kami mengatakan beliau tidak berpuasa. Namun, aku tidak pernah melihat Rasulullah SAW menyempurnakan puasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan, dan tidak pernah aku melihat beliau berpuasa lebih banyak dalam sebulan selain bulan Syaaban.'"— HR. Bukhari no. 1883
Rasulullah SAW adalah seorang yang penuh kasih sayang terhadap umatnya dan selalu mengambil jalan yang sederhana dalam beribadah agar tidak membebankan pengikutnya.
Dalam sebuah hadis, Nabi SAW pergi bertemu dengan sahabat-sahabat yang diketahui oleh baginda ingin beribadat secara melampau iaitu berpuasa tetapi tidak berbuka, solat malam terus-menerus dan tidak mahu menikah selamanya. Tindakan tersebut ditegah oleh baginda;
"Demi Allah, sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan paling bertakwa kepada-Nya di antara kalian. Namun, aku solat dan tidur, berpuasa dan berbuka, serta menikahi wanita. Barangsiapa yang tidak menyukai sunnahku, maka ia bukan dari golonganku.'"—HR.Bukhari no.5063
Nabi SAW sangat banyak berpuasa pada bulan Syaaban, jadi rugi jika kita sebagai umat baginda belum mengikuti sunnah ini. Walaupun ia bukan dosa untuk tidak berpuasa, tetapi sekurang-kurangnya kita boleh mencontohi Nabi SAW dalam mengambil manfaat di bulan Syaaban.
Puasa adalah suatu amalan yang berat, tetapi ia sangat berbaloi, dan dibalas dengan ganjaran syurga. Allah akan menyediakan pintu khas bagi orang yang berpuasa, sedangkan di dunia kita hanya perlu berkorban masa beberapa jam sahaja menahan lapar dan dahaga.
Bayangkan apabila di akhirat nanti kita melihat orang berbaris memasuki pintu puasa tersebut yang bernama Ar-Rayyan, sedangkan kita masih menunggu.
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa selain syirik bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka ia telah berbuat dosa yang besar."—HR. Bukhari no.6606
Nabi SAW bersabda;
Dari Abu Musa al-Asy'ari r.a., ia berkata: Rasulullah SAW bersabda: 'Sesungguhnya Allah Ta'ala melihat pada malam Nisfu Sya'ban, lalu Dia mengampuni semua makhluk-Nya kecuali orang musyrik dan orang yang bermusuhan.'" —HR. Ibnu Majah no.1380
Sesiapa berdoa pada malam Nisfu Syaaban maka doanya akan dikabulkan; (Rujuk hadis)
"Apabila malam Nisfu Sya'ban (pertengahan bulan Sya'ban), maka shalatlah di malam harinya dan berpuasalah di siang harinya. Sesungguhnya Allah turun ke langit dunia pada saat itu ketika matahari terbenam, kemudian Dia berfirman: 'Adakah orang yang meminta ampun kepada-Ku, maka Aku akan mengampuninya? Adakah orang yang meminta rezeki, maka Aku akan memberinya rezeki? Adakah orang yang mendapat cobaan, maka Aku akan menyembuhkannya? Adakah yang begini, dan adakah yang begini... hingga terbit fajar.'"— HR. Ibnu Majah no.1388
Amalan Malam Nisfu Syaaban
Tidak ada amalan khusus yang disyariatkan secara khusus untuk malam Nisfu Syaaban. Amalan seperti membaca Surah Yasin tiga kali dengan niat tertentu tidak mempunyai dalil yang sahih dari Nabi SAW. Namun, dibolehkan untuk membaca Al-Quran, berzikir, dan berdoa pada malam tersebut sebagaimana malam-malam lain.
Sebaliknya, terdapat dalil yang jelas mengenai keutamaan membaca Surah Al-Kahfi pada malam atau hari Jumaat serta Surah Al-Mulk sebelum tidur.