25 Januari 2025 — Mesyuarat Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Temerloh Jaya Indah (KRT TJ Indah) Bil. 1/2025 telah diadakan pada petang ini bertempat di foyer Surau Al-Mukhlisin.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Encik Mazlan bin Hanfiah selaku Pengerusi KRT TJ Indah. Turut hadir dalam mesyuarat ialah Timbalan Pengerusi, Encik Norsafari bin Awang Ahmad; Setiausaha, Encik Hamidi bin Zin; Bendahari, Encik Norazihan bin Mohammed; serta beberapa Ahli Jawatankuasa (AJK) KRT, termasuk AJK Jiran Wanita.
Antara agenda yang dibincangkan adalah perkara berbangkit daripada mesyuarat terdahulu serta perancangan dan aktiviti KRT TJ Indah sepanjang tahun 2025.
Dalam ucapannya, Encik Mazlan bin Hanfiah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua AJK yang hadir dan berharap agar setiap AJK dapat memainkan peranan dengan lebih aktif bagi menjayakan program-program KRT pada masa hadapan.