Ticker

6/recent/ticker-posts

Kelas Dhuha ( Zikir, Munajat dan Bacaan Yasin ) Jiran Wanita TJ Indah



24 Januari 2025 — Alhamdulillah, program khusus bagi Jiran Wanita Taman Temerloh Jaya Indah ini telah diadakan dengan jayanya.

Majlis yang bermula pada 8.45 pagi dan berakhir sekitar jam 11.30 pagi telah dihadiri seramai 55 orang.

Di antara pengisian majlis ini ialah Zikir, Munajat, Solat Hajat Berjemaah, Tazkirah Agama, dan lain-lain.

Turut hadir ialah Ahli Jawatankuasa Jiran Wanita KRT Taman Temerloh Jaya Indah yang diketuai oleh Pn. Norhazamimah bt. Muhamad selaku Ketua Jiran Wanita KRT Taman Temerloh Jaya Indah.

Majlis ini juga dihadiri oleh tetamu khas YB Hjh Salamiah, Ahli Parlimen Temerloh.
Di penghujung majlis, diadakan sedikit jamuan ringan yang disediakan secara potluck oleh peserta-peserta yang hadir.

Semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan secara bersekala untuk memberi peluang kepada kaum wanita menimba ilmu agama dan mengeratkan ukhwah sesama peserta.

Oleh: Mazlan Hanfiah (Pengerusi KRT Taman Temerloh Jaya Indah)