15 Disember 2024 — Bertempat di gelanggang sepak takraw, telah berlangsung Klinik Silat Olahraga ( Rakan Musa ) anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Temerloh Jaya Indah (TJ Indah) pada pagi ini.
Program ini, yang merupakan sebahagian daripada inisiatif Rakan Muda, melibatkan penyertaan peserta lelaki dan wanita berusia antara 7 hingga 15 tahun dari komuniti Taman Temerloh Jaya Indah.
Dibimbing oleh Dr. Baharin Ibrahim, seorang jurulatih kebangsaan dan wasit kelas antarabangsa, program ini memberikan pendedahan asas kepada seni silat olahraga. Dr. Baharin turut dibantu oleh dua pembantu berpengalaman, iaitu Cikgu Armazurin dan En. Sharif Seman, bagi memastikan sesi latihan berjalan lancar.
Antara pengisian utama program termasuk sesi pemanasan badan, latihan memperbaiki kekuda, serta teknik asas memperkemaskan tumbukan dan tendangan.
Program berakhir sekitar jam 10.30 pagi.