Ticker

6/recent/ticker-posts

Mesyuarat KRT Taman Temerloh Jaya Indah Bil. 4/2024

15 Disember 2024 — Mesyuarat AJK KRT Taman Temerloh Jaya Indah, kali ke-4 telah diadakan di foyer surau Al-Mukhlisin pada petang ini.

Mesyuarat yang bermula jam 2.30 petang ini dihadiri oleh 11 orang AJK, termasuk 3 wakil AJK Jiran Wanita.

Mesyuarat petang ini membincangkan perkara-perkara berbangkit pada mesyuarat yang lepas. Antara perkara yang diputuskan pada mesyuarat kali ini ialah; memasukkan silat olahraga ke bawah program Biro Sukan, Kebajikan & Rekreasi.  Turut dibincangkan ialah perancangan menubuhkan program Rakan Muda. Selain itu laporan dan perkembangan setiap biro di dalam KRT TJ Indah turut dibincangkan.

Mesyuarat berakhir pada jam 4.15 petang.