Ticker

6/recent/ticker-posts

Program Berjalan 10,000 Langkah KRT TJ Indah


15 Disember 2024 — Pagi ini, Program Berjalan 10,000 Langkah anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Temerloh Jaya Indah (TJ Indah) telah berlangsung dengan jayanya. Acara yang terbuka kepada semua ahli komuniti ini bermula seawal jam 8.00 pagi di gelanggang sepak takraw. 

Para peserta memulakan program dengan melakukan sesi senaman regangan secara beramai-ramai, bagi memastikan tubuh badan bersedia untuk aktiviti berjalan kaki. Program ini membawa peserta melalui beberapa laluan di kawasan kejiranan TJ Indah. Setelah selesai melengkapkan laluan yang ditetapkan, peserta kembali ke gelanggang sepak takraw sebagai titik penamat. 

Acara diakhiri dengan sesi santai menikmati sarapan pagi yang telah disediakan oleh pihak KRT TJ Indah.


LEBIH BANYAK GAMBAR...