Ticker

6/recent/ticker-posts

Al-Mukhlisin Berselawat

Lazy Image

17 September 2024 — Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul yang disambut pada Isnin, 16 September, Surau Al-Mukhlisin telah menganjurkan program berselawat selepas Maghrib pada malam ini. Program ini diadakan sebagai tanda mengingati Nabi Muhammad S.A.W. 

Bacaan selawat pada malam ini telah dipimpin oleh Imam Farhan, dan ia menjadi pengisian waktu sebelum Isyak, sekaligus menzahirkan rasa kecintaan dan tanda memperingati hari kelahiran junjungan mulia, Nabi Muhammad ï·º.

Jemaah juga dihidangkan dengan jamuan kuih-muih, buah-buahan dan juga menu istimewa pada malam ini, iaitu Laksa Sarawak yang disediakan oleh Tuan Irwan Ismawi yang dinikmati bersama-sama usai solat Isyak.
  Lazy Image
Lazy Image
Lazy Image
Lazy Image
Lazy Image
Lazy Image
Lazy Image
Lazy Image
Lazy Image
Lazy Image
Lazy Image
Lazy Image
Lazy Image
Lazy Image