Ticker

6/recent/ticker-posts

Ceramah Al-Fadhil Ustaz Haji Roslan Jaafar — 18 September 2024

Lazy Image

18 September 2024 — Ceramah oleh Ustaz Haji Roslan Jaafar, Imam Masjid Sultan Abu Bakar, Temerloh yang berlangsung pada malam ini di Surau Al-Mukhlisin dimulakan dengan memperingati Nabi S.A.W sempena bulan kelahiran baginda. Ustaz Haji Roslan menekankan pentingnya berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan hidup agar manusia tidak tersesat. Beliau mengingatkan bahawa umat Islam hari ini sering menyimpang kerana kurang memberi perhatian kepada Al-Quran dan Sunnah, dan amalan membaca Al-Quran tidak dijadikan kebiasaan dalam kehidupan seharian. 

Menurut beliau, bilangan umat Islam yang benar-benar berdamping dengan Al-Quran adalah sedikit, dan amalan yang baik adalah bekalan penting untuk menghadapi akhirat, kehidupan yang kekal abadi. Ustaz Haji Roslan juga menekankan pentingnya memperbanyakkan selawat ke atas Nabi untuk mendapatkan syafaat baginda di akhirat kelak. 

Beliau juga menegur sikap manusia yang sering mengikut hawa nafsu untuk mengejar harta dunia. Bagi meningkatkan kecintaan kepada Nabi, Ustaz Haji Roslan menyarankan agar umat Islam lebih mengenali baginda melalui pembacaan sirah-sirah Nabi. Selain itu, penting juga untuk beramal dengan sunnah baginda, seperti melaksanakan solat fardu secara berjemaah, yang mana solat berjemaah ini merupakan fardu kifayah bagi umat. 

 Nabi Muhammad S.A.W merupakan contoh ikutan terbaik bagi umat manusia, dan Ustaz Haji Roslan menyeru agar umat Islam berdakwah kepada saudara seagama. Beliau mengingatkan tentang kesusahan yang dihadapi oleh para Nabi, khususnya Nabi Muhammad S.A.W, dalam menyampaikan risalah Allah kepada umat manusia.

Jamuan ringan disediakan oleh pihak surau kepada para jemaah, selepas solat Isyak

Lazy Image
Lazy Image
Lazy Image
Lazy Image
Lazy Image
Lazy Image
Lazy Image
Lazy Image
Lazy Image
Lazy Image
Lazy Image
Lazy Image
Lazy Image
Lazy Image