Ticker

6/recent/ticker-posts

GORO Membersihkan Kawasan Lapang KRT TJ Indah

17 Ogos 2024 — Pagi ini satu gotong-royong membersihkan kawasan tanah lapang KRT Taman Temerloh Jaya Indah (belakang surau) telah diadakan, program bermula sekitar pukul 10.00 pagi. Aktiviti ini bertujuan untuk menjadikan kawasan tersebut sesuai untuk pertanian. 

Saudara Rashid Jantan telah melakukan kerja-kerja memesin rumput di tanah seluas suku ekar ini. Semoga dengan usaha ini, kawasan tersebut dapat digunakan untuk aktiviti yang memberi manfaat kepada komuniti KRT TJ Indah. Minuman teh o ais pada pagi ini disediakan oleh Saudara Azmi.

Untuk rekod, tanah ini telah mendapat kebenaran bertulis daripada Majlis Perbandaran Temerloh kepada KRT Taman Temerloh Jaya Indah sebagai Kawasan Pertanian Komuniti. 

Tujuan penubuhan kawasan ini adalah seperti berikut:

1. Memastikan kawasan ini sentiasa bersih dan terurus dengan memberi peluang kepada komuniti yang berminat untuk bercucuk tanam bagi kegunaan sendiri.

2. Menjadi platform untuk mengeratkan kerjasama dan ukhuwah dalam kalangan komuniti.

3. Berkongsi hasil pertanian bersama serta menerima tunjuk ajar dan kepakaran daripada pihak yang membantu, jika ada.