17 Ogos 2024 — Pada malam ini, aktiviti Skim Rondaan Sukarela (SRS) telah dilaksanakan sebagai rutin oleh KRT Taman Temerloh Jaya Indah (KRT TJI). Aktiviti ini juga menjadi platform untuk pihak pengurusan serta AJK untuk membincangkan beberapa perkara penting, termasuk perancangan program Malam Merdeka yang akan datang. Antara aktiviti yang dirancang pada malam tersebut ialah menaikkan Jalur Gemilang, nyanyian lagu Negaraku, serta jamuan untuk meraikan semangat kemerdekaan.
Selain itu, persiapan bagi Program Kospen yang dijadualkan pada 24 Ogos ini, serta Majlis Ramah Mesra bersama Pegawai Perpaduan dan Jiran Wanita yang dirancang berlangsung pada awal September 2024 turut dibincangkan dengan teliti.
Akhirnya Pihak KRT TJI ingin memaklumkan bahawa segala usaha ini hanya akan bermakna dengan sokongan padu daripada semua ahli komuniti. Oleh itu, pihak KRT TJI menyeru semua penduduk Taman Temerloh Jaya Indah untuk bersama-sama menyokong inisiatif KRT ini demi kebaikan dan kesejahteraan bersama.