Ticker

6/recent/ticker-posts

Jualan Ikan Murah MTTJ — 17 Ogos 2024

17 Ogos 2024 — Jualan Ikan Murah oleh DSH Group  telah diadakan pada pagi ini bertempat di Parking C, Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (MTTJ). Jualan Ikan Murah ini merupakan rutin setiap Sabtu, dua minggu sekali, bermula dari pukul 7.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. 

Pelbagai jenis ikan segar ditawarkan kepada orang ramai, seperti ikan kekek yang dijual pada harga RM6 sekilogram, ikan siakap RM9 seekor, ikan lolong RM8 sekilogram, kepah RM10 sekilogram, kupang RM9 sekilogram, ikan sebelah RM12 sekilogram, ikan pelaling RM13 sekilogram dan banyak lagi ikan dan makanan laut yang lain. 

Dengan pelbagai pilihan ikan segar yang ditawarkan pada harga yang berpatutan, ini merupakan peluang terbaik bagi para khariah Masjid MTTJ untuk mendapatkan bekalan ikan segar terus dari sumbernya.

Sumber: FBI Channel