Ticker

6/recent/ticker-posts

Mesyuarat KRT Taman Temerloh Jaya Indah Bil. 2/2026


MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA KRT TAMAN TEMERLOH JAYA INDAH BIL. 2/2026

📅 Tarikh: 25 Julai 2026 (Sabtu)
🕝 Masa: 2.30 petang
📍 Tempat: Surau Al Mukhlisin, Taman.
  Temerloh Jaya Indah

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa KRT Taman Temerloh Jaya Indah Bil. 2/2026 telah berlangsung dengan lancar dalam suasana harmoni, penuh semangat muafakat dan kerjasama. 
Seramai 11 orang Ahli Jawatankuasa telah menghadiri mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengerusi KRT, Sdr. Mazlan b. Hanfiah.

Turut hadir ialah Bendahari KRT, Sdr. Norazihan b. Muhamed, Ketua Jiran Wanita, Pn. Norhazaminah bt. Muhamad, serta barisan Ahli Jawatankuasa KRT yang lain.
Mesyuarat memberi tumpuan kepada perancangan aktiviti dan kedudukan kewangan KRT. Setiap Ketua Biro telah membentangkan cadangan program bagi memastikan pelbagai aktiviti kemasyarakatan dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun dan memberi manfaat kepada seluruh penduduk.
Antara program yang telah dipersetujui untuk dilaksanakan ialah: 

✅ Gotong-royong membasmi pembiakan nyamuk Aedes dan mencegah denggi.
✅ Sambutan Bulan Kebangsaan sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.
✅ Program Saringan Kesihatan dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah.
✅ Pertandingan Boling dan Memanah Tradisional dalam kalangan komuniti.
✅ Program khas Jiran Wanita yang memfokuskan kepada kesejahteraan keluarga dan komuniti.

Dalam ucapan penutup, Pengerusi KRT berharap semua aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan kejayaan melalui semangat kerjasama, perpaduan dan kesukarelawanan dalam kalangan Ahli Jawatankuasa serta penduduk.
Beliau turut menyeru seluruh warga Taman Temerloh Jaya Indah agar bersama-sama menyokong dan mengambil bahagian dalam setiap program yang dianjurkan oleh KRT. Penyertaan aktif daripada semua lapisan masyarakat akan dapat mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kejiranan serta mewujudkan komuniti yang lebih bersatu padu, prihatin, sihat, selamat dan sejahtera.

"KRT Pemangkin Perpaduan Komuniti."

#KRTTemerlohJayaIndah
 #KomunitiMadani 
#SemangatKejiranan
 #MalaysiaMADANI #JiranSepakatKomunitiHebat