Ticker

6/recent/ticker-posts

SRS KRT Taman Temerloh Jaya Indah (6 Julai 2024)

6 Julai 2024 — Pihak Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Jaya Indah sekali lagi  mengadakan rutin mingguan aktiviti Skim Rondaan Sukarela (SRS). 

Aktiviti bermula pukul 10.30 malam dan berakhir pada sekitar jam 1.00pagi. Pada kali ini, seramai 7 orang ahli SRS yang berkelapangan telah menghadirkan diri.

Tujuan utama SRS adalah membantu pihak berkuasa membendung jenayah dan gejala sosial, mengeratkan hubungan komuniti, menjaga keselamatan, dan menunaikan amanah kerajaan melalui penggunaan dana yang diberikan. Aktiviti ini bukan sahaja meningkatkan keselamatan tetapi juga memperkukuhkan ikatan sosial dalam komuniti setempat.