Ticker

6/recent/ticker-posts

Kelas Memanah Cikgu Arma Zurin, Biro Sukan KRT TJ Indah — 9 Julai 2024

9 Julai 2024 — Biro Sukan KRT TJ Indah di bawah seliaan Cikgu Arma Zurin sekali lagi telah mengadakan kelas memanah. Kelas kali ini berjaya menarik penyertaan seramai 14 orang peserta dengan peserta termuda berusia 7 tahun. 

Latihan memanah diadakan di kawasan lapang pondok SRS KRT TJ Indah dan tanpa sebarang bayaran.

Program ini dirancang untuk meningkatkan kemahiran memanah di kalangan anak-anak komuniti dan diadakan dua kali seminggu pada hari Selasa dan Khamis. Dengan bimbingan Cikgu Arma Zurin, para peserta mempelajari teknik-teknik asas memanah, termasuk cara memegang busur dengan betul, membidik sasaran, dan melepaskan anak panah dengan tepat.

Terima kasih atas usaha dan didikan oleh Cikgu Arma Zurin untuk anak-anak komuniti TJ Indah.