Ticker

6/recent/ticker-posts

Mesyuarat KRT Taman Temerloh Jaya Indah Bil. 2/2024

6 Julai 2024 — Sabtu, bermula pada pukul 3.00 petang, Mesyuarat AJK KRT TJ Indah Bil. 2/2024 telah diadakan dengan penuh tertib di foyer Surau Al-Mukhlisin, TJ Indah. Mesyuarat kali ini menyaksikan kehadiran sepuluh orang ahli jawatankuasa. Saudara En. Mazlan Hanfiah, selaku Pengerusi KRT TJ Indah, telah mempengerusikan mesyuarat ini.

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Pengerusi yang mengalu-alukan kehadiran semua ahli serta menekankan kepentingan peranan KRT dalam mengukuhkan komuniti TJ Indah. Selepas ucapan pembukaan, minit mesyuarat yang terdahulu telah dibentangkan dan disahkan.

Antara agenda penting mesyuarat kali ini adalah untuk membincangkan perancangan dan inisiatif baharu yang boleh dilaksanakan oleh KRT TJ Indah bagi memaksimumkan peranannya dalam masyarakat. Beberapa cadangan telah diutarakan termasuklah program gotong-royong, program berkaitan kesihatan, aktiviti ekonomi dan program-program untuk warga setempat. Selain itu, perbincangan juga menjurus kepada cara-cara untuk meningkatkan keterlibatan penduduk dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh KRT.

Selepas perbincangan, mesyuarat ditangguhkan beberapa minit sebelum azan Asar. Sebagai penutup,  jamuan laksa telah dihidangkan kepada semua ahli yang hadir sebagai tanda penghargaan dan untuk mengeratkan silaturahim. Jamuan tersebut telah disediakan oleh Norsafari.

Secara keseluruhannya, mesyuarat AJK KRT TJ Indah Bil. 2/2024 berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai matlamatnya. InsyaAllah semangat kerjasama dan komitmen yang ditunjukkan oleh semua ahli mencerminkan kesatuan dan kekuatan komuniti TJ Indah dalam usaha menjayakan setiap program dan aktiviti yang dirancang.

Rumusan mesyuarat AJK 2/2024.

1. Setiap Biro cadangkan sekurang-kurangnya 1 aktiviti—Ketua Biro

2. SRS mesti di adakan sekurang-kurangnya 1 kali seminggu—Semua AJK

3. Kemaskini data penduduk mengikut lorong AJK masing-masing—Semua AJK

4. Saringan Kesihatan semua AJK adalah wajib..akan di adakan setiap hari Jumaat selepas Maghrib di surau.Saringan Tetanan darah,gula dan BMI—Biro Kesihatan dan KOSPEN

5. Senam Sihat setiap hari Sabtu minggu Pertama dan ke tiga setiap bulan bermula jam 7.30 pagi.Pada minggu minggu ke 3 turut di adakan gotong royong—Biro Kesihatan

6. Altiviti riadah naik keretapi ke Kuala Lipis untuk AJK sahaja.Tiket di tanggung oleh KRT—Biro Rekerasi.

7. T-shirt SRS untuk AJK—Saudara Din (Tukang)