Kelas memanah yang dianjurkan oleh Cikgu Arma Zurin mendapat sambutan hangat. Aktiviti ini dianjurkan oleh Cikgu Arma Zurin dari Biro Sukan KRT TJ Indah. Oleh kerana sambutan yang luar biasa, Cikgu Arma Zurin terpaksa mengadakan dua sesi iaitu pada hari Selasa dan Khamis. Sesi pada hari Selasa adalah untuk pelajar tahun 1, 2, dan 3, manakala sesi pada hari Khamis pula adalah untuk pelajar tahun 4 dan ke atas.
Terima kasih kepada Cikgu Arma Zurin kerana melatih anak-anak komuniti TJ Indah mendalami ilmu memanah secara percuma.