Ticker

6/recent/ticker-posts

Perjumpaan AJK KRT TJ Indah — 10 Julai 2024

10 Julai 2024 — Satu perjumpaan Ahli Jawatankuasa (AJK) Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Temerloh Jaya Indah telah diadakan di foyer Surau Al-Mukhlisin usai solat Maghrib. Perjumpaan ini bertujuan untuk membincangkan pelbagai aktiviti KRT TJ Indah untuk beberapa bulan akan datang.

Antara aktiviti yang dibincangkan ialah; saringan kesihatan wajib untuk semua AJK, program lawatan ke Kuala Lipis dengan KTM, permainan boling untuk AJK, penganjuran sukan untuk kanak-kanak, dan pertandingan sepak takraw untuk dewasa. 

Selain itu, aktiviti berjalan 10,000 langkah sambil memungut sampah di kejiranan Taman Temerloh Jaya Indah juga turut dirancang sebagai aktiviti yang akan diselia oleh Biro Sukan.

Biro Kebajikan KRT TJ Indah pula merancang untuk mengadakan program lawatan ke rumah ahli-ahli komuniti yang ditimpa musibah bagi menyampaikan sumbangan.

Perjumpaan ini berakhir sekitar pukul 8.30 malam, dan peserta dihidangkan jamuan ringan kepada semua AJK yang hadir.