Ticker

6/recent/ticker-posts

Kelas Memanah Percuma Kanak-Kanak Komuniti TJ Indah

Bermula 20 Jun 2024, Cikgu Arma Zurin dari Biro Sukan KRT TJ Indah mengambil inisiatif untuk mengajar memanah kepada anak-anak komuniti TJ Indah secara percuma. Kelas ini diadakan setiap hari Khamis dan terbuka kepada semua anak-anak komuniti TJ Indah. Lokasi latihan adalah di tapak lapang berdekatan pondok SRS TJ Indah. Peralatan memanah juga disediakan secara percuma, tanpa sebarang bayaran.

Semoga usaha Cikgu Arma Zurin ini dapat mendekatkan anak-anak komuniti kepada aktiviti yang berfaedah dan sebagai pendedahan awal kepada sukan memanah yang semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat di negara ini.