31 Mac 2024 — Surau Al-Mukhlisin, Taman Temerloh Jaya Indah, Temerloh telah mengadakan aktiviti memasak bubur lambuk sempena bulan Ramadan pada tahun ini. Aktiviti tahunan ini dilakukan secara bergotong royong oleh jemaah surau, dengan kerjasama AJK KRT Taman Temerloh Jaya Indah.
Sebanyak dua periuk besar digunakan untuk mengacau bubur lambuk dan lebih kurang 250 bekas bubur lambuk berjaya disediakan dan diedarkan kepada penduduk Taman Temerloh Jaya Indah. Agihan dilakukan usai solat Asar di hadapan Surau Al-Mukhlisin kepada penduduk-penduduk yang lalu di kawasan tersebut. Aktiviti agihan berakhir pada pukul 6:54pm dengan semua bubur lambuk berjaya diedarkan.
Semoga usaha ahli komuniti Taman Temerloh Jaya Indah ini akan berterusan kerana ia dapat memupuk perpaduan masyarat di sini sekaligus melambangkan keharmonian dan sikap bekerjasama masyarakat kejiranan Taman Temerloh Jaya Indah.
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)


.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
