28 Mac 2024 – 17 Ramadan : Surau Al-Mukhlisin Taman Temerloh Jaya Indah telah mengadakan majlis Iftar Jamaie Ramadan (1445h). Lebih 200 orang tetamu hadir meraikan majlis tersebut yang bermula dari pukul 6.45pm hingga selepas Maghrib. Majlis diadakan dua sesi iaitu sebelum solat Maghrib (berbuka) dan selepas solat Maghrib bagi memberi peluang kepada semua ahli komuniti memilih kesesuaian waktu mereka. Majlis diadakan secara santai di gelanggang sepak takraw yang terletak bersebelahan dengan Surau Al-Mukhlisin.
Majlis Iftar Perdana tersebut turut diserikan lagi dengan kehadiran YB Hassanuddin Salim, Adun Kuala Semantan yang turut bersama-sama ahli komuniti dan khariah surau berbuka puasa dan mendirikan solat Maghrib secara berjemaah.
Pihak KRT Taman Temerloh Jaya Indah turut menyumbang sebanyak RM300 kepada pihak Surau Al-Mukhlisin sebagai tanda sokongan terhadap program tersebut yang dilihat dapat memberi manfaat kepada permuafakatan ahli komuniti Taman Temerloh Jaya Indah.
Terima kasih juga diucapkan kepada seluruh ahli komuniti dan khariah surau yang bergotong royong seawal pagi demi menyiapkan juadah iftar pada hari tersebut.


.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)