7 April 2024 — Bersamaan pada malam ke 27 Ramadan 1445h, Surau Al-Mukhlisin telah menganjurkan program Qiyam Ramadan. Dalam program tersebut ahli komuniti yang berkesempatan telah hadir menunaikan Solat Tasbih secara berjemaah dan dipimpin oleh Al Fadhil Ustaz Sahrizal yang juga Ketua Biro Agama dan Dakwah KRT TJ Indah.
Program yang bermula pada pukul 4.00am itu selesai kira-kira pukul 5.00am. Seterusnya jemaah mendirikan solat sunat secara bersendirian.