Ticker

6/recent/ticker-posts

Imam Jefri Ibrahim Menghembuskan Nafas Terakhir Di HOSHAS

2 Mei 2026 — Naib Pengerusi merangkap Imam Surau Al-Mukhlisin Taman Temerloh Jaya Indah, Imam Jefri bin Ibrahim, 56, disahkan meninggal dunia di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) pada Sabtu akibat penyakit barah tiroid yang dihidapinya. Pemergian Allahyarham yang menetap di Jalan 2/4A Taman Temerloh Jaya Indah itu merupakan satu kehilangan buat kariah Surau Al-Mukhlisin memandangkan jasa beliau yang pernah berkhidmat di surau berkenaan sebelum ini.

Jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Temerloh Jaya (MTTJ) bagi urusan mandi dan kafan sebelum disolatkan oleh para jemaah sejurus selepas solat Zohor. Jenazah kemudiannya dibawa ke Tanah Perkuburan Kampung Tualang, Temerloh untuk urusan pengebumian.

Selain berkhidmat di Surau Al-Mukhlisin, beliau juga pernah berkhidmat di Masjid Bukit Kepayang, sebagai bilal.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan insan yang beriman. Al-Fatihah.