21 Disember 2025 — Satu pertandingan memanah Simulasi Piala MB telah diadakan di lapang sasar memanah KRT Taman Temerloh Jaya Indah. Program ini dianjurkan oleh TJI Archery Club.
Acara dimulakan dengan perasmian oleh En.Mazlan Hanfiah, Pengerusi KRT Taman Temerloh Jaya Indah.
Penganjuran pertandingan ini turut mendapat kerjasama daripada kelab-kelab memanah di daerah Temerloh serta penyertaan daripada kelab luar daerah. Pertandingan ini menjadi platform latihan simulasi dan medan perkongsian pengalaman antara pemanah, di samping mengukuhkan jaringan kerjasama antara kelab-kelab memanah yang terlibat.