Ticker

6/recent/ticker-posts

Mesyuarat KRT Taman Temerloh Jaya Indah Bil. 4/2025


13 Disember 2025  Mesyuarat Kawasan Rukun Tetangga Taman Temerloh Jaya Indah (KRT Taman TJ Indah) telah diadakan pada hari ini bertempat di foyer Surau Al-Mukhlisin.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengerusi KRT Taman TJ Indah, En. Mazlan Hanfiah. Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi, En. Norsafari bin Awang Ahmad, Setiausaha, En. Hamidi bin Zin, Bendahari, En. Norazihan bin Mohammed, serta barisan Ahli Jawatankuasa (AJK) yang berkesempatan.

Mesyuarat ini merupakan mesyuarat terakhir bagi penggal 2024/2025, yang menjadi ruang perbincangan dan penilaian terhadap pelaksanaan program serta pengurusan KRT sepanjang tempoh penggal berkenaan, di samping membincangkan perkara-perkara penutup sebelum penggal berakhir.