Ticker

6/recent/ticker-posts

Mesyuarat Pembahagian Tugas Kenduri En. Zulkifli Ibrahim

31 Oktober 2025 – Satu mesyuarat kerja bagi persiapan majlis kenduri menyambut menantu telah diadakan pada malam ini bertempat di kediaman En. Zulkifli Ibrahim, yang bakal mengadakan majlis tersebut pada 15 November 2025. 

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh En. Zulkifli Ismail selaku Pengerusi Surau Al-Mukhlisin, dengan kehadiran para ahli kariah serta wakil komuniti setempat. Antara perkara utama yang dibincangkan ialah pembahagian tugasan bagi aktiviti gotong-royong menjelang majlis kenduri berkenaan. 

Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Temerloh Jaya Indah, En. Mazlan Hanfiah, bersama ahli kariah Surau Al-Mukhlisin, AJK KRT TJ Indah dan penduduk taman yang berkelapangan.