5 September 2025 — Pertandingan Panahan Maulidurrasul 1.0 Tertutup anjuran Kelab Memanah Tradisional Temerloh Jaya Indah telah berlangsung dengan meriah pada pagi ini sempena sambutan Maulidul Rasul.
Seramai 25 orang pemanah cilik daripada kalangan ahli kelab telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut di bawah kendalian jurulatih, Cikgu Armazurin.
Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Temerloh Jaya Indah, En. Mazlan Hanfiah.
Cikgu Armazurin, selaku penganjur dan pengelola pertandingan ini merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat, termasuk penyumbang tenaga serta kewangan yang menjayakan program bersempena Maulidul Rasul kali ini.