
31 Julai 2025 — Program Ukhuwah Al-Mukhlisin diadakan seperti biasa pada malam ini (Khamis malam Jumaat). Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah, diikuti dengan solat hajat khusus untuk Imam Jefri yang akan menjalani rawatan di Kuala Lumpur dalam masa terdekat.
Majlis diteruskan dengan bacaan Yasin dan tahlil yang dipimpin oleh Tuan Imam Haji Kamaruddin Jobri.
Selepas solat Isyak, para jemaah dihidangkan dengan juadah istimewa yang disediakan oleh pihak surau sebagai penutup majlis pada malam ini.