9 Julai 2025 — Mesyuarat khas Surau Al-Mukhlisin telah berlangsung malam ini sejurus selepas solat Isyak. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengerusi Surau, Cikgu Zulkifli Ismail, turut dihadiri oleh beberapa ahli jawatankuasa dan ahli kariah. Dalam mesyuarat tersebut, laporan ringkas mengenai kedudukan kewangan surau telah dibentangkan, diikuti sesi perbincangan yang menyentuh pelbagai aspek pengimarahan surau.
Antara perkara yang turut dibincangkan ialah usaha memperkasa penganjuran majlis ilmu secara berkala serta cadangan menganjurkan Program Hari Terbuka Surau sebagai platform merapatkan hubungan dengan masyarakat setempat yang akan melibat beberapa aktiviti dan pertandingan seperti pertandingan memanah, dart, mewarna dan sebagainya. Di samping itu, satu cadangan turut dikemukakan untuk mengubah suai sebahagian struktur bangunan surau bagi menambah baik kemudahan yang sedia ada khususnya untuk kegunaan jemaah muslimat.
Mesyuarat berakhir pada jam 10.20 malam.