15 Mei 2025 — Program Ukhuwah Al-Mukhlisin malam ini berlangsung seperti biasa dengan aktiviti-aktiviti pengisian rohani. Program dimulakan dengan solat Maghrib secara berjemaah, diikuti solat hajat khas buat En. Mohamad bin Baharom yang bakal berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji bersama isteri dan anak saudaranya pada 24 Mei ini. Seterusnya majlis diteruskan dengan bacaan surah Yassin, tahlil yang dipimpin oleh Ustaz Sahrizal Jamaludin.
Seterusnya, para jemaah menunaikan solat Isyak secara berjemaah sebelum program ditutup dengan jamuan yang disediakan oleh team Rebus Tak Empok, Surau Al-Mukhlisin.