17 Mei 2025 — Empat wakil daripada Kelab Memanah Kanak-Kanak KRT TJ Indah telah menyertai Kejohanan Memanah Tradisional Peringkat Negeri Pahang yang berlangsung di Jerantut. Kejohanan ini dianjurkan oleh Persatuan Memanah Tradisional Pahang dengan penyertaan pelbagai kelab dan pasukan dari seluruh negeri.
Pasukan yang dibimbing oleh Cikgu Armazurin ini telah mengambil bahagian dalam dua kategori utama iaitu Kanak-Kanak Bawah 9 Tahun dan Bawah 12 Tahun. Berikut adalah pencapaian yang direkodkan:
Keputusan Kategori Bawah 9 Tahun
| Nama Peserta | Kedudukan |
|---|---|
| Haq Arshah | Tempat ke-7 daripada 15 peserta |
Keputusan Kategori Bawah 12 Tahun
| Nama Peserta | Kedudukan |
|---|---|
| Aminurashed | Tempat ke-13 daripada 48 peserta |
| Irsyad | Tempat ke-22 daripada 48 peserta |
| Nazmir | Tempat ke-26 daripada 48 peserta |
Anak-anak turut diberi peluang menziarahi makam Pahlawan terbilang Pahang, Mat Kilau di Pulau Tawar, Jerantut, sebelum berlepas pulang ke Temerloh.