Ticker

6/recent/ticker-posts

Mesyuarat KRT Taman Temerloh Jaya Indah Bil. 2/2025

17 Mei 2025 — Mesyuarat Bil. 2/2025 Kawasan Rukun Tetangga Taman Temerloh Jaya Indah (KRT TJ Indah) telah berlangsung pada petang ini bermula jam 2.30 petang, bertempat di foyer Surau Al-Mukhlisin, Taman Temerloh Jaya Indah.

Seramai 17 orang ahli hadir dalam mesyuarat kali ini, termasuk Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari serta empat orang Ahli Jawatankuasa Jiran Wanita. 

Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengerusi KRT TJ Indah, En. Mazlan Hanfiah dan dimulakan dengan ucapan alu-aluan serta agenda pembentangan laporan kewangan terkini KRT TJ Indah.

Turut dibincangkan dalam mesyuarat ini ialah isu-isu semasa yang melibatkan komuniti setempat, perkara berbangkit daripada mesyuarat terdahulu, serta laporan dan perancangan daripada biro-biro di bawah KRT TJ Indah.

Mesyuarat tamat sekitar jam 4.00 petang dan diakhiri dengan jamuan ringan yang disediakan untuk semua peserta yang hadir sebagai penutup majlis.