Ticker

6/recent/ticker-posts

Empat Wakil Kanak-Kanak TJ Indah Sertai Kejohanan Memanah Tradisional Peringkat Negeri di Jerantut

17 Mei 2025  — Empat wakil daripada Kelab Memanah Kanak-Kanak KRT TJ Indah telah menyertai Kejohanan Memanah Tradisional Peringkat Negeri Pahang yang berlangsung di Jerantut. Kejohanan ini dianjurkan oleh Persatuan Memanah Tradisional Pahang dengan penyertaan pelbagai kelab dan pasukan dari seluruh negeri.

Pasukan yang dibimbing oleh Cikgu Armazurin ini telah mengambil bahagian dalam dua kategori utama iaitu Kanak-Kanak Bawah 9 Tahun dan Bawah 12 Tahun. Berikut adalah pencapaian yang direkodkan:

Keputusan Kategori Bawah 9 Tahun

Nama Peserta Kedudukan
Haq Arshah Tempat ke-7 daripada 15 peserta

Keputusan Kategori Bawah 12 Tahun

Nama Peserta Kedudukan
Aminurashed Tempat ke-13 daripada 48 peserta
Irsyad Tempat ke-22 daripada 48 peserta
Nazmir Tempat ke-26 daripada 48 peserta

Anak-anak turut diberi peluang menziarahi makam Pahlawan terbilang Pahang, Mat Kilau di Pulau Tawar, Jerantut, sebelum berlepas pulang ke Temerloh.