Ticker

6/recent/ticker-posts

Kuliah Duha Muslimat, Anjuran KRT TJ Indah di Surau Al-Mukhlisin

11 Mac 2025Kuliah Duha yang disampaikan oleh Dr.Haji Abdullah Ismail, Pengerusi Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Taman Temerloh Jaya (MTTJ), telah berlangsung pagi ini di Surau Al- Taman Temerloh Jaya Indah.

Program ini dianjurkan oleh Biro Agama, Pendidikan & Modal Insan dengan kerjasama Jiran Wanita KRT TJ Indah. Seramai lebih 30 peserta muslimat dari kejiranan TJ Indah serta komuniti Taman Temerloh Jaya telah menghadiri majlis ilmu pada pagi ini.

Dr. Abdullah membuka kuliah dengan mukaddimah dengan digalakkan sepanjang bulan Ramadan, khususnya keutamaan membaca Al-Quran serta manfaatnya dalam kehidupan seharian (baca, hafal, faham, amal). Sebelum diteruskan dengan tajuk utama iaitu; amalan-amalan pemburuan Lailatuqadar.

Kuliah Duha yang bermula pada 9.15 pagi ini berkahir pada jam 10.25 pagi.


Amalan Pemburuan Lailatul Qadar

Amalan-Amalan Pemburuan Lailatul Qadar

Bil Amalan
1 Jaga solat fardhu dan laksanakan secara berjemaah di masjid serta jaga amalan puasa.
2 Cuba lihat perubahan positif dalam amalan dan kehidupan. 10 malam terakhir adalah permulaan, bukan pengakhiran.
3 Solat malam seperti Maghrib, Isyak, Tarawih, Witir, serta solat sunat rawatib.
4 Iktikaf di masjid untuk lebih keberadaan di rumah Allah.
5 Baca dan tadabur Al-Quran lebih banyak, kerana malam Lailatul Qadar adalah malam turunnya Al-Quran.
6 Baca surah Al-Ikhlas tiga kali, menyamai 1/3 Al-Quran.
7 Baca dua ayat terakhir dari surah Al-Baqarah untuk perlindungan daripada syaitan.
8 Bersedekah setiap malam, kerana ganjarannya digandakan 700 kali ganda.
9 Baca 100x seumpana membebaskan 10 orang hamba, dicatat 100 kebajikan, dihapus 100 dosa dan terelak dari gangguan syaitan: Ù„َا Ø¥ِÙ„ٰÙ‡َ Ø¥ِÙ„َّا اللَّÙ‡ُ ÙˆَØ­ْدَÙ‡ُ Ù„َا Ø´َرِيكَ Ù„َÙ‡ُ، Ù„َÙ‡ُ الْÙ…ُÙ„ْÙƒُ ÙˆَÙ„َÙ‡ُ الْØ­َÙ…ْدُ ÙˆَÙ‡ُÙˆَ عَÙ„َÙ‰ ÙƒُÙ„ِّ Ø´َÙŠْØ¡ٍ Ù‚َدِيرٌ
10 Baca 1 zikir untuk satu pohon di syurga: سُبْØ­َانَ اللَّÙ‡ِ ÙˆَالْØ­َÙ…ْدُ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ ÙˆَÙ„َا Ø¥ِÙ„ٰÙ‡َ Ø¥ِÙ„َّا اللَّÙ‡ُ ÙˆَاللَّÙ‡ُ Ø£َÙƒْبَرُ
11 Baca zikir ringan tetapi berat pada timbangan amal: سُبْØ­َانَ اللَّÙ‡ِ ÙˆَبِØ­َÙ…ْدِÙ‡ِ، سُبْØ­َانَ اللَّÙ‡ِ الْعَظِيمِ