9 Mac 2025 — Sempena Bulan Ramadhan 1446H, Surau Al-Mukhlisin dan KRT Taman Temerloh Jaya Indah telah mengadakan program memasak bubur lambuk secara bergotong-royong pada hari ini.
Sebanyak 110 bungkus bubur lambuk telah disediakan oleh pihak surau untuk diagihkan pada petang selepas solat Asar.
Agihan dilakukan di Pondok SRS KRT, Taman Temerloh Jaya Indah.
Program memasak bubur lambuk ini merupakan acara tradisi surau komuniti Taman Temerloh Jaya Indah pada setiap kali bulan Ramdan.
Agihan bubur lambuk pada petang ini berakhir pada jam 5.20 petang.