8 Februari 2025 – KRT Taman Temerloh Jaya Indah (TJ Indah) telah menganjurkan program senaman ringan dan pemeriksaan kesihatan percuma pada pagi ini sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan kesedaran kesihatan dalam komuniti.
Program ini merupakan inisiatif KRT TJ Indah melalui KOSPEN bagi mengenal pasti tahap kesihatan penduduk setempat. Antara pemeriksaan yang dijalankan oleh sukarelawan KOSPEN TJ Indah termasuk pemeriksaan tekanan darah dan ujian kencing manis.
Acara ini berlangsung di gelanggang sepak takraw Taman TJ Indah dan foyer Surau Al-Mukhlisin. En. Mazlan Hanfiah, Pengerusi KRT TJ Indah, mengetuai aktiviti senaman ringan selepas sesi pemeriksaan kesihatan selesai.
Selain itu, peserta turut disediakan dengan sarapan pagi yang disediakan oleh pihak KRT