Ticker

6/recent/ticker-posts

Program Gunting Rambut Kanak-Kanak TJ Indah



8 Februari 2025 – Program Gunting Rambut Percuma untuk kanak-kanak Komuniti Taman Temerloh Jaya Indah (TJ Indah) telah berlangsung pada pagi ini di ruang parkir Surau Al-Mukhlisin.

Program ini diadakan selepas sesi senaman ringan dan dijalankan serentak dengan Kuliah Dhuha Muslimat. Inisiatif ini merupakan usaha KRT TJ Indah bagi menyediakan perkhidmatan kepada anak-anak komuniti sebelum mereka memulakan sesi persekolahan tidak lama lagi.

Kos bagi program ini ditaja sepenuhnya oleh En. Sharif Seman. 

 Sementara itu, Pengerusi KRT TJ Indah, En. Mazlan Hanfiah, mengucapkan terima kasih kepada En. Sharif yang juga merupakan AJK KRT TJ Indah atas sumbangan beliau dalam menjayakan program ini.