Ticker

6/recent/ticker-posts

Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil Mingguan di Surau Al Mukhlisin Taman Temerloh Jaya Indah

 

26 Disember 2024 — Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil diadakan seperti biasa pada malam ini di Surau Al-Mukhlisin. Majlis yang dimulakan selepas solat fardhu Maghrib ini dipimpin oleh Imam Tuan Haji Kamaruddin bin Jobri.  

Turut memeriahkan suasana adalah kehadiran jemaah lelaki, serta kanak-kanak lelaki dan perempuan yang turut serta dalam majlis ini.  

Selepas solat fardhu Isyak, pihak surau telah menyediakan jamuan makan malam yang enak buat semua jemaah yang hadir. Semoga majlis seperti ini terus menarik lebih ramai jemaah dari masa ke semasa, insya-Allah.

Oleh: Mazlan Hanfiah (Pengerusi KRT TJ Indah)