28 November 2024 — Program khas Solat Hajat SPM 2024 anjuran KRT Taman Temerloh Jaya Indah telah berlangsung pada malam ini di Surau Al-Mukhlisin. Program ini diadakan bersempena persediaan untuk anak-anak komuniti TJ Indah yang bakal menduduki peperiksaan SPM 2024, yang dijadualkan bermula pada 2 Disember ini.
Slot solat hajat ini dimasukkan sebagai sebahagian daripada rutin malam Jumaat surau, yang merangkumi solat Maghrib berjemaah, bacaan Yasin, tahlil yang dipimpin oleh Ustaz Sarizal b. Jamaluddin ( Ketua Biro Pendidikan, Agama & Modal Insan ) diakhiri dengan solat Isyak.
Hadir bersama di majlis ini Pengerusi KRT Taman Temerloh Jaya Indah, Ketua Jiran Wanita dan semua Ahli Jawatankuasanya.
Di akhir majlis sedikit jamuan ringan di sediakan untuk jemaah yang hadir.